Friday, January 29, 2010

Dukacita Saya...

0 comments
Tika saya tengah bersiap2 nak balik kg tadi, saya dapat meseg dari my fren Wanie. Die tanya saya tentang temuduga SPA. Lepas siap basuh baju, masak, kemas2 barang and kua rumah tunggu my sis amik baru saya balas mesej wanie. Hmm saya cakap sy xtau lagi kputusannya lagipon saya xla mengharap sangat sbab terasa diri ini xlayak pon huhu. Sori Wanie, sbab lambat reply tau hehe :p

Hmm td sempat gak cek di laman SPA. Terasa xberdebar pon nak cek. Slalunya klu pe2hal mesti berdebar haha. Setelah masuk no.ic, keputusannya adalah dukacita. Huhu xdapat pon jawatan sebagai pegawai kaji cuaca tu. Xdapat pon xpe la, mungkin bukan rezeki saya kat ctu kan :) . Mungkin kat tempat lain tul x hehe

~Thanx Wanie sbb bgtau result SPA nih da kua
~Thanx to K.Nina yg bg hint2 soalan temuduga tu. Sbab k.Nina gi interview dulu dari saya untuk jawatan yg sama
~Thanx to my sis yg amik sy dr putrajaya. Masa gi terpaksa naik taxi huhu.. Taxi mahal tau
~Thanx to k.Nad yg temankan sy print resume kat cc memalam sbab printer ada kat rumah my sis masa tu. K.Nad gak bg tips tentang temuduga ngan gov. Huhu ni 1st time interview ngan gov tau
~Ada angin2 mengatakan (angin2?? haha :p )org yg g interview ms tu adalah 99orang. Tapi die nak 2org je utk mengisi kekosongan yg ada. Apakah ini? Baik xyah panggil kan haha

Monday, January 4, 2010

Dokumen Tertinggal di Kg :(

3 comments
Tika ini saya merasa sangat xtenteram huhu. Baru terperasan yang saya xready apa2 untuk interview Khamis ini. Da la x baca apa2 isu semasa dan study tentang kerja yg nak dipohon tu. Uwaa apakah ini? Ni la 1st time saya dapat surat interview dari SPA. Da lama saya tunggu sejak belajar di UKM masa last sem lagi. Da dapat peluang saya abaikan macam tu je..

Bukan setakat xstudy je, tapi saya baru check list dokumen yg perlu saya bawa nanti. Hmm agak mengecewakan banyak dokumen yg x disahkan lagi and paling sedih adalah ada yang tertinggal di kampung iaitu surat tawaran biasiswa JPA. Saya pon da xingat saya letak dlm file mana. Salinan ic abah pon xde. Huhu da rasa xde semangat nak gi interview. Tapi orang cakap klu xgi nanti nama akan di blacklist.

Padahal saya sangat banyak masa hari ini untuk ambil pengesahan salinan dokumen di UKM siang tadi coz saya xgi keje tadi. Huhu pengesahan itu xpe sok nak mintak k.Fairuz tolong anto kat unit kaunseling UKM. Tapi dua dokumen itu yang xleh nak tolong da. Nak balik kg xsempat da. Nak suh abah pos pon xsempat da. Nak suh fax ke mana lak. Nak suh email.. mungkin kot. Tapi saya xingat dimanakah saya simpan file dokumen itu.

Hmm hope my sis ada salinan ic abah. Tapi meseg tadi die pon xsure ada x, kna check dulu. Apa yang perlu saya wat ek? Saya ingat nak kol SPA sok huhu. Xpon pakai gi je nanti wat la alasan tertinggal kat kg haha. Hmm malas nak fikir da. Agak kepeningan tapi tu la padan muka saya haha. Masa abah saya bagi surat interview tu dulu saya amik tanpa membacanya. Abah saya suh baca, tapi saya cakap, "aah nanti kta baca" and terus simpan dalam beg. Baru tadi saya buka surat interview tu :p

Tu la betapa carelessnya saya and suka wat keje last minute ngeh2. Tapi saya slalu begini. Sebelum ni pon klu nak masuk matrik ke U ke mesti tunggu orang lain bising2 baru nak isi borang itu ini. Abah and tok saya la yg slalu ingatkan saya. Sebab saya paling malas nak isi2 borang. Kadang2 isi separuh pastu tinggal jap pastu baru sambung haha. Hmm pasni kena ubah perangai da 23 tahun da ni huhu...

~xde gunanya nak menyesal mende da nak jadi kan...
~Hmm pe2pon saya try utk gi interview gak utk m'elakkan nama di blacklist. Dapat keje ke x itu cerita lain kan. Klu org di sana nak marah pon xpela. Doakan saya ek kawan2


Sunday, January 3, 2010

Kami @Sunway Lagoon

0 comments
01.01.2010 baru2 ini, saya and my fren Mun gi ke Sunway Lagoon. Tetiba kami rasa nak main game yg pelik2 yg sebelum ini hanya mendengar orang citer je. Hmm da seminggu kami merancang. Pada mulanya kami plan nak ke Genting Highland. Pas fikir2, minta pandgn orang, search2, baca forum2, bajet2 and tengok2 cuaca, kami fikir xyah la gi Genting Highland tu huhu.

Kami bertolak dalam kul 930am lebih gak and sampai tepat2 kul 10am dan sudah kelihatan ramai org di kaunter membeli tiket. Sebenarnya kami agak sesat gak nak ke Sunway Lagoon tu almaklumlah baru 1st time gi huhu. Hmm kami amik 3park (amusement park, waterpark and xtreme park) RM60.


Gambar ini saya ambil daripada jambatan gantung. Boleh tahan gak la panjangnya. Tapi hanya sekerat je saya berjalan kat jambatan tu sbab my fren da rasa gayat. Sebabnya saya tgur, "eh mun ada lubang rupanya kat jambatan nih" kihkih. And my fren trus gayat and terpaksa patah balik :p



Atas kiri : Yeay sebelum start main2, kita bergambar dulu ye :)

Atas kanan : Kena pakai tag ini. Huhu warna ungu gitu. My fren slalu tersalah asyik pandang tag tu sbab ingatkan jam

Bawah kiri : Ini baru pas main apa mende ntah. Tapi duk jalan2 menerusi terusan di situ and die akan berpusing2.

Bawah kanan : Huhu permainan nih kami xsanggup main. Tengok orang main pon da rasa takot. Rasa takut pas main roller coaster pon xhilang lagi. So tengok orang je la yg terkapai2 kat udara ngeh2. Memang xberperi kemanusiaan sungguh permainan ni sbab die pusing 360 darjah and boleh tahan laju gak die berayun.


Atas kiri : Tika ini saya da penat tambah sejuk huhu. Baru lepas main ape mende ntah yg pasti permainan itu memang xleh tahan huhu. Pengembaraan menyusuri terusan apa ntah dan naik bukit tinggi2 di dlm gelap and nah jatuh berdentum dan air mencurah2 jatuh haha.. Saya ingat satu bukit tu je tengok2 ada lagi.. Hmm bukit kali ke2 itu akan jatuh dan kluar dari mulut ular haha. Masa naik bukit tu sy hanya mampu berkata, "habislah kita mun. Tinggi bukit ni Mun. Baik pejam mata dan pegang kuat2 nanti mesti jatuh menjunam". And my fren hanya mampu cakap, "Aina pasni taubat la xsanggup da nak main mende nih".Padan muka kitorang nak sangat main. Tapi takot gak sebab da la xde tali pinggang so pandai2 la pegang kuat2. Tapi rasa pasni xnak da main tapi best huhu :p

Atas kanan : Hmm kami tengah tunggu giliran untuk naik motor yg bertayar 4. Da la kna pakai apa mende ntah yg atas kpala kami tu (macam nak masuk bilik bedah je :p ). Mula2 saya xmau main and alasan saya, saya xreti bawa motor xreti bawa basikal haha. Pastu my fren Mun pujuk2, "jom la main, rugi je bayar duit tiket tp xnak main". And orang di situ pon cakap, "ala xyah takot bukan 2 tayar pon, ada 4 tayar tu". Kihkih and lastly sy main and mmg best. Ingat round2 atas jalan raya je tengok2 masuk gak kawasan yg berhutan sikit and turun naik bukit. Best tapi penat gak sebab nak belok ke kiri ke kanan ia agak berat huhu.

Bawah kiri : Ini gambar kami di atas permainan kasut besar yg main pusing laju2 huhu. Sebenarnya ini adalah kali ke 2 kami bermain mende nih. Da nak balik da masa ni.

Gambar bawah kanan : Hmm nak balik da. Sebelum tu gambo sama2 jap. Huhu xde photographer. Pakai suruh2 je orang di situ ngeh2 :p



Sebelum balik, kita bergambar dulu ngan itik berwarna biru ini :p


Hmm kami balik dalam kul 4pm lebih and tu pon xhabis main sume game. Kat waterpark langsung xsentuh. Huhu rasa nak main gak gelongsor dalam air di situ tapi agak ramai orang beratur and terasa segan lak haha. Hmm xpela permainan itu lebih kurang sama dgn mulut ular. Kat xtreme park pon saya main 2 game je. My fren ada gak main memanah tapi saya xmain duk tengok die je main sbab terasa tangan ini xberapa kuat nak memanah :p . Flying fox pon xmain my fren Mun nak sangat main. Tapi saya xnak die pon xnak huhu sory Mun. Lagipon berat badan ini tidak mencukupi utk buat flying fox :p . Xtau lak kat sana kena ikut berat badan mungkin sebab terlalu tinggi kot. Sebab kat Hutan Pendidikan Alam (HPA) UKM saya leh je wat :p

~ Pepepon best main game kat situ walaupon terasa game itu ntah apa2 :p
~ Huhu rasa nak gi lagi tapi takot nak main da
~ Akhirnya dapat gak main2 di Sunway Lagoon di usia 23 tahun (tua2 baru nak gi. Hmm sbab masa belajar bz tau :p )
~ Klu gi ramai2 mesti lagi best. Kawan2 yg lain xdpt gi sbab masing2 nak balik kg and bz
~ Pas sy amik beg dari locker, saya dapat 12 missed call (saya memang tinggal hs dalam locker masa tu). Missed call dari sape lagi klu bukan atuk saya. Minta maaf tok huhu. Sebenarnya atuk saya da riso sbab saya xangkat2 tepon
~Rupa2nya di hari yg sama itu, my sis gi gak main2 di Sunway Lagoon ngan kawannya. Tapi die gi dlm kul3 and kami xterserempak pon :p

Thursday, December 31, 2009

Gerhana Bulan Separa 01.01.2010

0 comments
Pada 01.01.2010, kita berpeluang melihat Gerhana Bulan Separa jam 1:17am - 5:28am. Saya baru tau pada tahun baru 2010 ini akan berlakunya gerhana bulan. Sebelum ini tidak berkesempatan untuk membaca apa2 berita. Ini pun saya baru search di website Persatuan Falak Syari Malaysia.

Dan saya sempat gak search tentang solat sunat gerhana. Before ni saya xtau tentangnya (huhu betapa jahilnya saya). Di sini saya ada ambil dari beberapa website mengenai solat sunat gerhana ni. Klu sape2 berkesempatan, lehla solat pagi ni...

-------------------------------------------------------------------------------

Solat gerhana boleh dilakukan secara berseorangan atau secara berjemaah. Adapun sedemikian adalah sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama :

  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :

Sama seperti rakaat pertama.


Niat Solat Gerhana


الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan

الكُسُوْف : Gerhana Matahari

أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.


Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna :

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.


rujukan:
~http://www3.falaksyari.org/index.php?option=com_content&task=view&id=182&Itemid=66
~
http://www.angkasa.gov.my/live_webcasting/index.html
~http://fikrahtantawiyun.blogspot.com/2009/01/solat-gerhana-bulan-dan-matahari.html
~http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/solat-sunat-gerhana.html
~http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_sunat_gerhana

Wednesday, December 30, 2009

Anak Buahku Aiman

0 comments
Setelah kepenatan balik keje tadi, saya sempat bukak fb jap. Huhu my cousin Zura ada upload gambor baru si Aiman. Sapekah si Aiman itu? Hmm anak kepada my kazen (kira anak buah saya gak la :p ). Ni la satu2nya cicit my grandparent (sbab baru sorang cucunya yg kawen hehe). Nanti InsyaAllah wujudla cicit2 lain pada masa akan datang. Huhu Aiman udah besar n makin montel die skang haha :p


Huhu comeynya die berendam dalam besen haha :p . Curi besen wan eh? Wannya adalah mak sedara saya la yg saya gelar mak we



Aiman watpe tu?



Huhu sukenya die main.. Xnak ajak MakNgah Ina pon eh huhu...



Buai laju2... Aiman bla nak balik kg lipis kat lubuk? Nanti MakNgah Ina belanja coklat eh hehe :p


Da makin besar si Aiman nih huhu. Last jumpa Aiman ni masa raya korban aritu kot huhu. Klu kat kg, si Aiman ni la yg jadi rebutan sbab die paling kecik. Sepupu2 yg lain da makin besar n xbest wat main dukung2 haha...

Sunday, December 27, 2009

Deposit RM240

2 comments
Alhamdulillah akhirnya selesai gak hal rumah di Vista Angkasa. Tengahari tadi saya ke sana untuk ambil depositnya dari K.Ros and untuk ambil rice cooker yg tertinggal. Terima kasih bebanyak untuk K.Ros sbab dialah orangnya yg menguruskan orang2 yg nak datang tengok bilik. Minta maaf ye K.Ros sebab nyusahkan K.Ros. Kebetulan hari yg paling banyak dapat sambutan nak kan bilik tu adalah hari Rabu baru2 ni and hari tu lak saya nak balik kg. Tu pasal saya terpaksa suruh K.Ros yg uruskan. Hmm bayangkanlah dari pagi sampai ke petang panggilan and meseg masuk bertanyakan hal bilik itu.

My sis lagi la pening kepala tengok saya haha. Hmm saya lagi pening. Kot2 K.Ros lagi pening sbab saya meseg lak K.Ros,

"K.Ros, maybe ada orang nak tengok bilik hari ni. Namanya..." (hmm ntah baper kali saya send meseg ini. da la masa itu k.ros tengah keje ngeh2 :p )

"K.Ros, kita lupa la haritu kta kunci xbilik tu. Nanti kita meseg diorg sume suruh diorg tanya k.ros dulu samada bilik berkunci ke x eh"

"K.ros, nnt sape2 dulu yg datang tengok and bayar duit deposit amik die dl. Pastu cakap kat org lain bilik tu da ada orang eh"

Huhu itulah meseg2 yg bertubi2 masuk dlm inbox k.ros. Sian k.ros hehe. Selalunya klu dlm perjalanan balik ke kg, mesti saya tertdo hehe. Tapi xleh tdo melayan tepon. Sampai skang orang masih ada lagi kol bertanyakan bilik itu sbb iklan tu x di deletekan lagi. Hmm org yg wat iklan itu adalah my sis. Nanti kna tanya die dulu passwordnya huhu.

Kebetulan hari ini adalah rezeki k.Hani juga (housemate yg nak pindah gak), sbb tadi pon saya masih dapat panggilan dari orang. Pastu saya cakap, "maaf da ada orang masuk. Klu nak bilik share 4orang ada la. Cakap ngan akak ni eh". And K.Ros la yg melayan org itu. Alhamdulillah orang itu nak tengok rumah tadi gak. Pastu die berminat. Hmm saya diberitahu, hari ni birthday k.Hani. Happy birthday K.Hani moga panjang umur n dimurahkan rezeki :)

Tadi sempat duk rehat2 jap tengok citer omputih. Hmm citer apa ntah, histeria kot huhu. Sambil tu sebelah mata lagi tengok lak Melodi haha. Huhu walaupun baru duk sebulan, akak2 dalam rumah tu sume baik2 and friendly. K.Ros slalu cakap saya budak kecik ngeh2 :p .Tadi sempat lagi k.Ika ngusik,

"aina, aina da xde kat rumah rasa sunyi je malam2"
"nape lak akak?"
"ye la, klu akak balik keje mlm2 wat OT slalu aina ada duk dpan TV ni la. Masak telur la. Akak2 lain slalu masuk tdo cpat" (haha tu la saya tengah malam2 klu tetiba lapar masak roti telur la :p )
"Hehe ye ye je akak ni. Akak ni buat lawak je. Memang rumah ni malam2 sunyi ke. Kita pon slalu tdo awal apa"
"Tak, aina slalu goreng telur haha"

Hmm klu tiada pepehal ada masa leh jumpa lagi ngan akak2 rumah di sana. Hmm klu akak2 di sana terbaca post ini, nanti da nak kawin, jangan lupa jemput eh hehe..

~TQ kepada sume2 yg membantu saya cari rumah di sana time mula2 masuk keje di PJ dulu
~TQ pada akak2 rumah di sana
~TQ pada kawan2 sekerja di sana
~TQ kpada my sis yg wat iklan
~Klu di sana, klu nak kua tanggungjawab sendiri utk cari org baru masuk. Klu x, depositnya hangus begitu sahaja walaupun xde api ngeh2 ...

Saturday, December 26, 2009

Meredah Hujan

0 comments
Hari ini hari yg panjang berjalan2 dengan my fren. Sahabat yg paling baik dari 1st year di UKM (2006). Perkenalan bermula masa pendaftaran di fakulti. Pada waktu itu kami masuk ke dalam kuliah lambat and kami terpaksa duduk di kerusi paling belakang sekali. Ketika itu masing2 xde kawan nak bertegur sape. Jadi kami bersalaman memeperkenalkan diri masing2 dan jadilah kami kawan rapat sampai skang.

Hmm tadi jalan gi Sogo dan area jalan TAR. Agak kepenatan berjalan pusing2 hehe. And lastly dapat gak my fren beli baju yg die nak. Hmm saya pon agak berminat ngan satu baju. Ntah nape skang saya suka baju yg berbutang2 and berpoket ngeh2 :p . Tapi disebabkan baju itu besar ngan saya, so kna kecikkan dulu. Agak lama tunggu dalam sejam gak. Nak gi berjalan da xlarat so kami tunggu je la sambil berborak2 ngan tukang jahit tu.

Hmm da selesai, tengok2 hujan sangatla lebat. Fikir nak redah ke x? Tapi terpaksa sebab nak kejar masa nak ke Vista Angkasa lak bagi kunci rumah kepada penghuni baru huhu. Huhu moralnya di sini jangan lupa bawa payung, lebih2 lagi skang musim hujan petang2 hehe.

Xtau nak tulis apa da. Rasa da penat nak tdo zzz...

~ Klu musim hujan, jgan lupa bawa payung... Nasib baik antibodi badan kuat hehe klu x rasanya da nak demam (ye ye je saya nih huhu). InsyaAllah sok jangan demam sudah :)
~ Pasni xtau leh kua sama lagi ke x? My fren tengah menghitung hari menunggu hari bahagia. Moga semua kawan2 jgn lupa detik manis persahabatan walaupun da melangkah ke dunia baru. Hehe dunia apakah yg baru itu? Dunia berumahtangga...